Tuesday, September 23, 2014

Alamak, Kredit Saya Kena Potong-Last Part

1 comments
Assalamualaikum semua.


Kak Naa minta maaf sebab tak berkesempatan update entry terbaru atau jawab semua komen-komen pada entry yang lepas2 tu.

Masalah kredit kena potong ni, rasanya masalah common bagi pengguna prepaid kat negara kita ni, tak kiralah guna Hotlink, Celcom, Digi ataupun yang lain-lain. Tapi biasanya 

Basically, ada 3 step untuk batalkan langganan yang makan kredit kita tu.

1. Taip STOP ALL @ STOP [KEYWORD] 
Boleh refer post yang sebelum2 ni ya. 
Ataupun, rajin sikit baca mesej yang masuk bagi habis. biasanya dekat hujung dia ada beritahu cara untuk batalkan langganan.

2. Baca reply daripada nombor tersebut, kadang-kadang sekali hantar STOP ALL, dah boleh batalkan.
Kadang-kadang kena reply lagi sekali, taip UNSUBSCRIBE, send ke nombor yang dok caj kredit tu. Biasanya selepas send UNSUBSCRIBE, kita akan terima mesej beritahu TERMINATED, itu maksudnya dah batal, tapi pastikan selepas ni tak ada dah gatal-gatal tangan reply apa-apa mesej promosi yang masuk.

4. Last sekali, taip OUT dan send ke nombor tersebut sekali lagi untuk memastikan selepas ni, tak ada dah mesej-mesej promosi daripada nombor tu datang ke nombor kita. :)


*Tips: Untuk pengguna smartphone, sila pastikan anda untick PUSH MESSAGE di setting mesej anda bagi mengelakkan iklan-iklan promosi masuk melalui push message.


Disclaimer: Saya BUKAN staf Maxis. So please jangan dok minta tolong saya cancelkan untuk nombor korang. Alternatif lain, cuba call line customer service Hotlink, Celcom ataupun DIgi atau mana-mana telco untuk tolong batalkan daripada sistem.