Salam..
Kusangkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.. Sekarang ni cuaca memang tak menentu, kadang-kadang panas terik kadang-kadang redup jek, kadang-kadang hujan mencurah-curah sampai banjir melanda kampung halaman kita.
Pernah tak di antara kita kadang-kadang baru ja topup, tup-tup bila nak buat panggilan cik operator bagitau yang kredit kita tak mencukupi untuk buat panggilan. Bila kita check balance nampak macam dah berkurang kredit kita sampai tinggal sen-sen ja. Sebenarnya kredit kita tu dah dicaj oleh syarikat pembekal kandungan (content provider company) iaitu third party company yang ada kerjasama dengan operator telco kita.
Tapi jangan risau sebab ada caranya untuk kita batalkan langganan yang kadang-kadang kita terlanggan secara tak sengaja sebab terpengaruh dengan ayat-ayat iklan mereka.Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita batalkan langganan tersebut.
#1: Taip STOP ALL kepada nombor-nombor yang dok memotong kredit kita tu. Kadang-kadang nombor-nombor ni takkan menonjolkan diri dia bila kita ada banyak kredit. Jadi kalau boleh biar dulu kredit tinggal zero atau sen-sen, secara automatik nombor 3XXXX akan muncul bila dia nak bagitau kita yang kredit tak mencukupi untuk dia potong. Ha pastu cepat-cepat pi topup dan send STOP ALL ke nombor tersebut. Insya ALLAh pasni kredit dah tak kena potong lagi.
#2: Telefon customer care hotline dan minta tolong diorang batalkan.
Maxis: 123
Hotlink:1300820120
Celcom: 1111
Digi: Digi Helpline (tak ingat nombor daa)
Tapi ada juga sesetengah langganan takleh nak batal dengan taip STOP ALL sebab dia ada keyword yang tersendiri misalnya GameBots, Gamebotz, Gameloft, Mtweeter dan sebagainya. Tapi bila kita send arahan yang tak sah, biasanya diorg akan balas dengan arahan yang betul. Syaratnya, kena baca mesej bagi habis daaa..
Ok..harap-harap lepas ni takde lagi yang akan tertipu dengan tipu daya pencekik2 darah ni lagi..