Assalamualaikum..
Dah lama tak jengah blog ni dek kerana sibuk dengan keje2 hakiki kat MEPS ni..
Setiap hari kami selalu terima complaint dari pelanggan Maxis/Hotlink tak kira peringkat umur bahawa kredit atau akaun mereka telah dicaj tanpa pengetahuan mereka. Post ni merupakan lanjutan bagi post yang terdahulu [klik di sini].
Post yang lepas cuma diberikan cara umum untuk STOP ECP yang nombor penghantarnya bermula dengan 3XXXX. Biasanya terdapat lagi satu jenis yang dipanggil Maxis Content Provider yang mana nombor penghantarnya bermula dengan 2XXXX. Ada service yang sememangnya FREE OF CHARGE tapi ada juga yang dicaj pada akaun kita.
Di sini saya senaraikan beberapa service yang kerap kali menghantui pelanggan kami terutamanya pelanggan Hotlink.
- Langkah yang pertama hantar mesej kepada nombor yang berkenaan dengan menaip keyword yang betul seperti di dalam senarai di bawah.
- Tunggu msesej balasan yang akan memberi kita satu link WAP yang akan menghantar kita terus ke halaman untuk membatalkan langganan kita.
- Klik link tersebut, cari perkataan UNSUBSCRIBE dan tunggu mesej yang mengatakan "Your subscription has been terminated.Thank you for your patronage".
Nama ECP | Keyword | Nombor |
Gamezbots | STOP GB | 27300 |
Gameloft | STOP GC | 22810 |
BOTS | STOP BOTS | 27117 |
MTweeter | STOP MT | 27770 |
Maxis FB2Mobile | STOP FB | 23223 |
Hidup | STOP HD | 26700 |
U8Mag | STOP MG | 27730 |
U8Comic | STOP COMIC | 26888 |
FINDER 301 | OFF FINDER301 | 301 |
Fren Club | STOP ALL | 22919 |
SCARY | STOP ALL | 27887 |
EA (Games) | STOP EA | 27100 |
Mlife | STOP ALL | 27997 |
HOTMG | STOP HOT | 26333 |
G-ROOM GLU | STOP GLU | 26868 |
Moko.Mobi | STOP MOKO | 23668 |
Speesh | STOP SPEESH | 28282 |
Pesanan khidmat masyarakat: Jangan terpedaya dengan mana-mana sms yang mempelawa kita melanggan secara percuma dengan mereka. Biasanya hanya percuma untuk pendaftaran sahaja tetapi setiap content yang kita terima akan dicaj oleh mereka.