Sunday, August 16, 2015

PUK Disekat - Update

36 comments
Assalamualaikum semua..

Kak Naa kembali bersiaran.. in sya Allah selepas ini akan selalu menjengah blog yang dah lama ditinggalkan ini. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah blog yang tak pernah berupdate ini..

Untuk pengetahuan semua, Maxis/Hotlink telahpun menukar talian Easy Menu mereka daripada no 11311 kepada 123. Jadi sekarang ini, semua line tak kira postpaid atau prepaid, boleh dail 123 untuk dapatkan kod PUK yang disekat. caranya sama seperti kita dail 11311 dulu, cuma nombor sahaja yang bertukar..:)

Kaedahnya:
1. Guna mana-mana nombor hotlink dan dail nombor 123.
2.Dengar pilihan menu yang ada dan ikut arahan operator untuk dapatkan kod PUK kita.
3.Biasanya akan ada option untuk nombor sendiri atau nombor orang lain. Taip nombor kita dan operator akan bagitau kod PUK. Cepat-cepat salin nombor dan cuba masukkan kat handphone kita untuk buka sekatan kod PUK.

Selamat mencuba..:)

Tuesday, September 23, 2014

Alamak, Kredit Saya Kena Potong-Last Part

1 comments
Assalamualaikum semua.


Kak Naa minta maaf sebab tak berkesempatan update entry terbaru atau jawab semua komen-komen pada entry yang lepas2 tu.

Masalah kredit kena potong ni, rasanya masalah common bagi pengguna prepaid kat negara kita ni, tak kiralah guna Hotlink, Celcom, Digi ataupun yang lain-lain. Tapi biasanya 

Basically, ada 3 step untuk batalkan langganan yang makan kredit kita tu.

1. Taip STOP ALL @ STOP [KEYWORD] 
Boleh refer post yang sebelum2 ni ya. 
Ataupun, rajin sikit baca mesej yang masuk bagi habis. biasanya dekat hujung dia ada beritahu cara untuk batalkan langganan.

2. Baca reply daripada nombor tersebut, kadang-kadang sekali hantar STOP ALL, dah boleh batalkan.
Kadang-kadang kena reply lagi sekali, taip UNSUBSCRIBE, send ke nombor yang dok caj kredit tu. Biasanya selepas send UNSUBSCRIBE, kita akan terima mesej beritahu TERMINATED, itu maksudnya dah batal, tapi pastikan selepas ni tak ada dah gatal-gatal tangan reply apa-apa mesej promosi yang masuk.

4. Last sekali, taip OUT dan send ke nombor tersebut sekali lagi untuk memastikan selepas ni, tak ada dah mesej-mesej promosi daripada nombor tu datang ke nombor kita. :)


*Tips: Untuk pengguna smartphone, sila pastikan anda untick PUSH MESSAGE di setting mesej anda bagi mengelakkan iklan-iklan promosi masuk melalui push message.


Disclaimer: Saya BUKAN staf Maxis. So please jangan dok minta tolong saya cancelkan untuk nombor korang. Alternatif lain, cuba call line customer service Hotlink, Celcom ataupun DIgi atau mana-mana telco untuk tolong batalkan daripada sistem. 

Wednesday, March 19, 2014

Buat Duit Dengan Handphone Anda

1 comments
Assalamualaikum semua..

Lama bebeno Kak Naa tak update blog ni ya..
Dah bersawang abis..
Kalau selalu ni Kak Naa dok share macam mana nak batalkan langganan servis-servis yang dok potong kredit korang semua, kali ni Kak Naa nak share pulak macam mana kita boleh jana side income menggunakan handphone kita. 

Pernah dengar tak pasal ToneExcel? Adik beradik TuneTalk tapi bila kita guna ToneExcel ni, kita boleh dapat macam-macam kelebihan berbanding kita guna telco lain cam Maxis, Celcom atau Digi. 
Ada perlindungan insurans kemalangan, points dia pulak kita boleh tebus tiket kapal terbang, gadjet dan sebagainya. 

Syarat dia mudah ja, kita kena jadi pengguna kad sim ToneExcel terlebih dahulu.

Ha..setakat tu ja..untuk info lebih lanjut sila klik link kat bawah ni ya..


Ada banyak kelebihan bila kita join program ni. 
Sebarang pertanyaan boleh email Kak Naa di alamat ini

zarinahat@gmail.com atau wechat id: CikNaa.