Friday, December 3, 2010

6 Kegunaan Lain Peti Sejuk

6 comments
Salam semua..

Hari ni nak share sikit apa yang saya baca kat Yahoo!...Kadang-kadang seronok juga baca tajuk-tajuk utama kat main page Yahoo!.. Macam tajuk hari ni, rupa-rupanya peti sejuk kita add kegunaan lain selain daripada menyimpan makanan dan menyejukkan air. Menurut artikel ni la ada lagi 6 alternatif penggunaan peti sejuk iaitu

#1.Pop your unpop popcorn. Yang no 1 ni susah sikit nak cerita sebab tak pernah wat bertih jagung. Katanya kita boleh popkan unpop popcorn menggunakan peti sejuk. Maknanya, mana-mana bertih tak jadi lepas kita masukkan dalam peti sejuk dia akan pop secara automatik. Kalu nak tau betul ke tak kena try la..:D

#2. Buang wax dari candlesticks. Kan bila kita pasang lilin letak atas candlestick mestila wax dia akan meleleh kena kat candlestick tu, jadi cara mudah nak buangkn wax tu letak dulu candlestick dalam peti sejuk, selepas beberapa lama baru keluarkan dan dengan mudahnya kita boleh buang wax yang melekat pada candlestick tu. Tapi tak semua jenis candlestick kita boleh letak dalam peti sejuk, takut terdioksida lak..kan naya..

#3. Kegunaan ketiga ialah memanjangkan jangka hayat lilin. Masukkan dulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum guna. Lilin dijamin dapat bertahan lama selepas itu. Yang ni boleh try sendiri pasni. Mana tau kalau-kalau blackout, lilin yang kita pasang boleh tahan lama sikit.

#4. Pisahkan gambar yang terlekat sebab kena air dll. Kegunaan keempat ni pun kita boleh apply juga. Bayangkanlah kita tertumpah air di atas beberapa keping gambar, macam mana nak pisahkan gambar-gambar tersebut tanpa merosakkan gambar tersebut? Apa lagi masukkan dulu dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit. Pastu cuba korang pisahkan gambar tersebut menggunakan pisau sapu butter kat roti tuh.Kalu tak boleh juga, letak lama sikit dalam peti sejuk dan cuba lagi sekali. Cara ni juga boleh digunakan untuk buang setem dari sampul surat tanpa merosakkan setem dan sampul surat..

#5.Membersihkan periuk.Kegunaan kelima ni boleh diaplikasikan oleh siapa-siapa yang terlebih masak sampai hangus makanan dalam periuk. Cuba letakkan periuk tersebut di dalam peti sejuk selama beberapa jam, bila makanan yang hangus tu dah jadi beku, mudahla kita nak alihkan.

#.Menghapuskan bau busuk. Kalau kita ada buku atau plastik yang terkena bau ikan ka dan lain-lain bau busuk, Cuba letakkan barang tersebut di dalam peti sejuk semalaman dan menjelang keesokan paginya, barang-barang tersebut akan jadi fresh semula, dah takde bau busuk. Tapi kalau org bu busuk tak tau la boleh ke tak letak dalam peti sejuk..hahaha


Dalam keenam-enm list di atas saya rasa kegunaan ketiga hingga keenam tu kita boleh aplikasikan sendiri. Sebab yang pertama dan kedua saya nak buat pun tak boleh sebab saya jarang makan popcorn dan kat rumah kami tak ada candlesticks..kuang kuang kuang...

Sumber: Shine

Tuesday, November 30, 2010

Macam mana kenalpasti not RM50 palsu

0 comments
Salam..

Baru-baru ni saya ada terima email yang yang menunjukkan beberapa cara nak kenalpasti not RM50 baru yang kita terima tu palsu atau tak. Disebabkan kerja saya ni hari-hari memang berdepan dengan not RM50 jadi saya sedikit keliru dengan tips yang diorg berikan. Kalau nak ikut email tu, memang kebanyakan duit yang kami terima duit palsu la..
Setelah 2-3 hari membuat searching kat Internet barulah berjumpa dengan sumber yang sahih macam mana nak kenalpasti not RM50 yang kita terima tu palsu atau original.


Sumber yang ni adalah mengelirukan sebab dia merujuk pada not RM50  keluaran terhad sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke 50 tahun pada 2007. Untuk rujukan yang sahih silalah klik pada link berikut

Jadi bila terima apa-apa email atau maklumat seelok-eloknya rujuk dulu pada sumber-sumber lain yang lebih sahih untuk mengesahkan kebenaran maklumat tersebut.

Monday, November 29, 2010

Alamak, Kredit Saya Kena Potong!

96 comments
Salam..

Kusangkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.. Sekarang ni cuaca memang tak menentu, kadang-kadang panas terik kadang-kadang redup jek, kadang-kadang hujan mencurah-curah sampai banjir melanda kampung halaman kita.

Pernah tak di antara kita kadang-kadang baru ja topup, tup-tup bila nak buat panggilan cik operator bagitau yang kredit kita tak mencukupi untuk buat panggilan. Bila kita check balance nampak macam dah berkurang kredit kita sampai tinggal sen-sen ja. Sebenarnya kredit kita tu dah dicaj oleh syarikat pembekal kandungan (content provider company) iaitu third party company yang ada kerjasama dengan operator telco kita.

Tapi jangan risau sebab ada caranya untuk kita batalkan langganan yang kadang-kadang kita terlanggan secara tak sengaja sebab terpengaruh dengan ayat-ayat iklan mereka.Ada beberapa cara sebenarnya untuk kita batalkan langganan tersebut.

#1: Taip STOP ALL kepada nombor-nombor yang dok memotong kredit kita tu. Kadang-kadang nombor-nombor ni takkan menonjolkan diri dia bila kita ada banyak kredit. Jadi kalau boleh biar dulu kredit tinggal zero atau sen-sen, secara automatik nombor 3XXXX akan muncul bila dia nak bagitau kita yang kredit tak mencukupi untuk dia potong. Ha pastu cepat-cepat pi topup dan send STOP ALL ke nombor tersebut. Insya ALLAh pasni kredit dah tak kena potong lagi.

#2: Telefon customer care hotline dan minta tolong diorang batalkan. 
      Maxis: 123
      Hotlink:1300820120
      Celcom: 1111
      Digi: Digi Helpline (tak ingat nombor daa)

Tapi ada juga sesetengah langganan takleh nak batal dengan taip STOP ALL sebab dia ada keyword yang tersendiri misalnya GameBots, Gamebotz, Gameloft, Mtweeter dan sebagainya. Tapi bila kita send arahan yang tak sah, biasanya diorg akan balas dengan  arahan yang betul. Syaratnya, kena baca mesej bagi habis daaa..

Ok..harap-harap lepas ni takde lagi yang akan tertipu dengan tipu daya pencekik2 darah ni lagi..

Saturday, November 27, 2010

Bagaimana Nak Dapatkan Kod PUK Jika Kad Sim Disekat

273 comments
Pernah tak satu hari tiba-tiba simcard korang disekat lepas tu diminta masukkan kod PUK? Apa tu kod PUK? 

PUK adalah singkatan bagi Pin Unblocking Code.Kita perlu memasukkan kod PUK apabila salah memasukkan kod pin lebih dari 3 kali. Sekiranya kod PUK yang salah dimasukkan, kad sim akan rosak. Jadi macam mana nak buat kalau perkara ni berlaku pada diri kita atau ahli keluarga dan rakan-rakan kita?

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan kod PUK tersebut:
#1: 
Dapatkan bingkai kad sim (itupun kalau korang ada simpan lagi). Biasanya kod PUK akan dicetak pada bingkai kad sim kita itu.
#2: 
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, call Customer Service Hotline.
Maxis : 123
Hotlink: 1300820120
Celcom:1111
#3:
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, pergi ke Easy Menu 
Maxis/Hotlink *100#
Celcom *128# 
Biasanya  kod PUK ada pada menu My Account/Maklumat Akaun

Ada lagi beberapa kaedah seperti dapatkan di laman web telco masing-masing. Macam Hotlink ada satu service dipanggil My Hotlink di mana kita boleh mendapatkan kod PUK sekiranya kaedah-kaedah di atas tidak boleh dilaksanakan. 



Update: Boleh refer pada entry ni ya..PUK Update