Tuesday, July 2, 2013

Sindiket Penipuan Menggunakan nama Telco

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Entry kali ni K.Naa nak share sikit info pasal sindiket penipuan yang menggunakan nama telco seperti Hotlink,celcom dan sebagainya.
Modus operandi mereka adalah membuat panggilan secara rawak kepada pelanggan prepaid dan menyamar sebagai staf syarikat telco terbabit. Mereka akan bagitau mangsa bahawa mangsa telah memenangi cabutan bertuah biasanya hadiah wang tunai..dan meminta mangsa memasukkan top up kepada sekian2 nombor yang biasanya adalah nombor mereka sendiri..mangsa yang telah terpengaruh akan memasukkan topup melalui kad atau mesin ATM..setelah mendapat sejumlah topup dalam lingkungan RM400-500, mereka akan menggunakan alasan bank mengenakan cukai lalu meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank mereka pula..
K.Naa ada bertanya pada seorang polis berkenaan kes ini dan katanya tiada apa yang boleh dilakukan kerana mereka biasanya berada jauh dari mangsa dan menggunakan maklumat palsu semasa mendaftarkan nombor telefon mereka.
Jadi sekiranya ada menerima panggilan mengatakan anda menang cabutan bertuah dan sebagainya..selidik dulu, jangan terburu-buru mengikut arahan mereka. Anda mungkin mangsa seterusnya.

Pesanan khidmat masyarakat: berhati2 dan jangan mudah terpengaruh dengan hadiah wang dan sebagainya.

Monday, April 8, 2013

Infografik-Semuanya mengenai Pilihanraya

5 comments
Assalamualaikum..
Sana sini kebanyakan orang hanya bercakap mengenai pilihanraya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi..
Sebenarnya K.Naa malas nak mengulas mengenai situasi politik di negara kita ni..lagipun ini bukan blog politik...heheh..cukuplah sekadar cuba menjadi seorang warganegara yang baik dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di dalam pilihanraya umum yang bakal menjelang nanti..
Di sini K.Naa nak share sikit infografik mengenai pilihanraya di negara kita ini.. Have a look..great info for first time voters..:)
Pesanan penaja: Bagi yang layak mengundi...mengundilah dengan bijak..jangan gadaikan masa depan anak2 kita dengan membuat keputusan yang salah..:)





Monday, March 4, 2013

Kod PUK- Update

220 comments
Assalamualaikum semua..

Sorryla dah lama tak jengah dan update blog ni..
Bersawang dah..
Nampaknya ramai pengguna hotlink yg nak dptkan kod PUK tapi tips dalam entry sebelum ni mungkin ada yang dah tak valid. Maklumla entry tahun 2010 kan.. Untuk Hotlink (prepaid),selain daripada call customer service kita boleh dail 11311 untuk mendapatkan kod PUK. Tapi cara ni agak leceh sebab kena ada kemahiran mendengar yang baik dan tahap kesabaran yang agak tinggi. Caranya:

1. Guna mana-mana nombor hotlink dan dail nombor 11311.
2.Dengar pilihan menu yang ada dan ikut arahan operator untuk dapatkan kod PUK kita.
3.Biasanya akan ada option untuk nombor sendiri atau nombor orang lain. Taip nombor kita dan operator akan bagitau kod PUK. Cepat-cepat salin nombor dan cuba masukkan kat handphone kita untuk buka sekatan kod PUK.

Selamat mencuba..:)