Sunday, August 16, 2015

PUK Disekat - Update

44 comments
Assalamualaikum semua..

Kak Naa kembali bersiaran.. in sya Allah selepas ini akan selalu menjengah blog yang dah lama ditinggalkan ini. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah blog yang tak pernah berupdate ini..

Untuk pengetahuan semua, Maxis/Hotlink telahpun menukar talian Easy Menu mereka daripada no 11311 kepada 123. Jadi sekarang ini, semua line tak kira postpaid atau prepaid, boleh dail 123 untuk dapatkan kod PUK yang disekat. caranya sama seperti kita dail 11311 dulu, cuma nombor sahaja yang bertukar..:)

Kaedahnya:
1. Guna mana-mana nombor hotlink dan dail nombor 123.
2.Dengar pilihan menu yang ada dan ikut arahan operator untuk dapatkan kod PUK kita.
3.Biasanya akan ada option untuk nombor sendiri atau nombor orang lain. Taip nombor kita dan operator akan bagitau kod PUK. Cepat-cepat salin nombor dan cuba masukkan kat handphone kita untuk buka sekatan kod PUK.

Selamat mencuba..:)