Monday, March 4, 2013

Kod PUK- Update

72 comments
Assalamualaikum semua..

Sorryla dah lama tak jengah dan update blog ni..
Bersawang dah..
Nampaknya ramai pengguna hotlink yg nak dptkan kod PUK tapi tips dalam entry sebelum ni mungkin ada yang dah tak valid. Maklumla entry tahun 2010 kan.. Untuk Hotlink (prepaid),selain daripada call customer service kita boleh dail 11311 untuk mendapatkan kod PUK. Tapi cara ni agak leceh sebab kena ada kemahiran mendengar yang baik dan tahap kesabaran yang agak tinggi. Caranya:

1. Guna mana-mana nombor hotlink dan dail nombor 11311.
2.Dengar pilihan menu yang ada dan ikut arahan operator untuk dapatkan kod PUK kita.
3.Biasanya akan ada option untuk nombor sendiri atau nombor orang lain. Taip nombor kita dan operator akan bagitau kod PUK. Cepat-cepat salin nombor dan cuba masukkan kat handphone kita untuk buka sekatan kod PUK.

Selamat mencuba..:)