Wednesday, June 1, 2011

Alamak, Kredit Saya Kena Potong! -Part 2

144 comments
Assalamualaikum..

Dah lama tak jengah blog ni dek kerana sibuk dengan keje2 hakiki kat MEPS ni..
Setiap hari kami selalu terima complaint dari pelanggan Maxis/Hotlink tak kira peringkat umur bahawa kredit atau akaun mereka telah dicaj tanpa pengetahuan mereka. Post ni merupakan lanjutan bagi post yang terdahulu [klik di sini]. 
Post yang lepas cuma diberikan cara umum untuk STOP ECP yang nombor penghantarnya bermula dengan 3XXXX. Biasanya terdapat lagi satu jenis yang dipanggil Maxis Content Provider yang mana nombor penghantarnya bermula dengan 2XXXX. Ada service yang sememangnya FREE OF CHARGE tapi ada juga yang dicaj pada akaun kita.
Di sini saya senaraikan beberapa service yang kerap kali menghantui pelanggan kami terutamanya pelanggan Hotlink.
  • Langkah yang pertama hantar mesej kepada nombor yang berkenaan dengan menaip keyword yang betul seperti di dalam senarai di bawah.
  • Tunggu msesej balasan yang akan memberi kita satu link WAP yang akan menghantar kita terus ke halaman untuk membatalkan langganan kita.
  • Klik link tersebut, cari perkataan UNSUBSCRIBE dan tunggu mesej yang mengatakan "Your subscription has been terminated.Thank you for your patronage".
Nama ECP
Keyword
Nombor
Gamezbots
STOP GB
27300
Gameloft
STOP GC
22810
BOTS
STOP BOTS
27117
MTweeter
STOP MT
27770
Maxis FB2Mobile
STOP FB
23223
Hidup
STOP HD
26700
U8Mag
STOP MG
27730
U8Comic
STOP COMIC
26888
FINDER 301
OFF FINDER301
301
Fren Club
STOP ALL
22919
SCARY
STOP ALL
27887
EA (Games)
STOP EA
27100
Mlife
STOP ALL
27997
HOTMG
STOP HOT
26333
G-ROOM GLU
STOP GLU
26868
Moko.Mobi
STOP MOKO
23668
Speesh
STOP SPEESH
28282

Pesanan khidmat masyarakat: Jangan terpedaya dengan mana-mana sms yang mempelawa kita melanggan secara percuma dengan mereka. Biasanya hanya percuma untuk pendaftaran sahaja tetapi setiap content yang kita terima akan dicaj oleh mereka.