Tuesday, July 2, 2013

Sindiket Penipuan Menggunakan nama Telco


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Entry kali ni K.Naa nak share sikit info pasal sindiket penipuan yang menggunakan nama telco seperti Hotlink,celcom dan sebagainya.
Modus operandi mereka adalah membuat panggilan secara rawak kepada pelanggan prepaid dan menyamar sebagai staf syarikat telco terbabit. Mereka akan bagitau mangsa bahawa mangsa telah memenangi cabutan bertuah biasanya hadiah wang tunai..dan meminta mangsa memasukkan top up kepada sekian2 nombor yang biasanya adalah nombor mereka sendiri..mangsa yang telah terpengaruh akan memasukkan topup melalui kad atau mesin ATM..setelah mendapat sejumlah topup dalam lingkungan RM400-500, mereka akan menggunakan alasan bank mengenakan cukai lalu meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank mereka pula..
K.Naa ada bertanya pada seorang polis berkenaan kes ini dan katanya tiada apa yang boleh dilakukan kerana mereka biasanya berada jauh dari mangsa dan menggunakan maklumat palsu semasa mendaftarkan nombor telefon mereka.
Jadi sekiranya ada menerima panggilan mengatakan anda menang cabutan bertuah dan sebagainya..selidik dulu, jangan terburu-buru mengikut arahan mereka. Anda mungkin mangsa seterusnya.

Pesanan khidmat masyarakat: berhati2 dan jangan mudah terpengaruh dengan hadiah wang dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment